You are here
Home > Culture > Misteri dan kejadian aneh Batu Nabau di Engkilili

Misteri dan kejadian aneh Batu Nabau di Engkilili

Batu Nabau yang terletak di 3km dari pusat pekan Engkilili terus menjadi tarikan pelancong baik dari dalam dan luar Bumi Kenyalang.

Batu Nabau Engkilili (7)
Batu Nabau, batu yang dipercayai seekor ular.

Terletak kira-kira 230km dari Kuching, pekan Engkilili dinamakan sempena pokok Engkilili yang mudah dijumpai di kawasan ini.

Pelbagai misteri yang dikaitkan dengan batu tersebut membuatkanya sering dikunjungi pelancong.

Batu tersebut berbentuk silinder dengan panjang kira-kira sembilan meter dan diameter dua meter.

Batu itu, yang kelihatannya mempunyai hujung runcing seperti kepala ular, nampak seolah-olah keluar dari tanah, menyebabkan orang ramai percaya bahawa batu tersebut sememangnya ular yang bertukar jadi batu.

Batu Nabau juga dikenal sebagai Batu Lintang oleh penduduk tempatan sebelum ini hanyalah batu biasa yang mereka lalui dalam perjalanan ke kebun mereka.

Sekitar 20 tahun yang lalu, beberapa lelaki Cina tempatan membawa seorang lelaki Thailand untuk melawat batu tersebut.

Lelaki Siam itu berkata beliau termimpi mengenai batu tersebut dan batu itu sebenarnya adalah ular sebenar dan dia harus memuja ular itu.

Orang-orang rumah panjang menunjukkan kepadanya apa yang mereka panggil Batu Lintang ketika itu.

Batu Nabau Engkilili (11)
Penduduk tempatan membina sebuah pondok di sebelah Batu Nabau.

Orang Thai mendakwa bahawa doa dan persembahannya yang dibuat di atas batu itu telah dijawab, menyebabkan ramai orang berkumpul di kawasan itu untuk mencari keajaiban.

Penduduk Iban yang menetap tidak jauh dari batu tersebut erkejut pada mulanya untuk melihat semua kemenyan dan lilin yang dipasang di batu tersebut.

Pada mulanya, pelawat melemparkan telur mentah, duit syiling dan menuang susu di atas batu sehingga orang tempatan meletakkan tanda yang melarang mereka berbuat demikian.

Orang-orang Cina tempatan juga melukis jalur kuning pada batu tersebut untuk menjadikannya lebih mirip seperti ular.

READ  5 reasons to climb Mount Serapi at least once in your life

Lama-kelamaan, penduduk Iban mula memanggilnya Batu Nabau (sejenis ular di Iban) dan bukannya Batu Lintang.

Ada yang mendakwa mereka menang hadiah loteri selepas meminta nombor ekor dari Batu Nabau.

Ada juga komuniti Iban yang membuat upacara ‘miring’ di Batu Nabau.

Batu Nabau Engkilili (10)
Batu tersebut berbentuk silinder dengan panjang kira-kira sembilan meter dan diameter dua meter.

Sekarang, ramai Iban tempatan telah percaya bahawa ‘ular’ tersebut adalah dewa yang melindungi kawasan itu dengan kuasa mistik.

Salah satu kejadian aneh yang berlaku di kawasan tersebut apabila musim hujan.

Selebat hujan mana sekalipun, penduduk tempatan menyedari bahawa batu itu tidak pernah terendam dan entah bagaimana kelihatan terapung tepat di atas air walaupun seluruh kawasan tersebut dibanjiri.

Tambahan lagi, ada surat khabar tempatan melaporkan beberapa tahun lalu bahawa huruf abjad Jawi dikatakan telah ditemui di Batu Nabau.

Huruf alif, lam, nun, mim dan sinwere dikatakan telah ditemui terukir atas batu tersebut.

Sehingga kini, tiada siapa yang benar-benar tahu kebenaran sebenar di sebalik Batu Nabau.

Batu Nabau Engkilili (4)
Batu Nabau terletak tidak jauh dari pekan Engkilili.

This slideshow requires JavaScript.

Top