You are here
Home > Features > Kesedapan mi udang Jakar sukar ditandingi

Kesedapan mi udang Jakar sukar ditandingi

Mi Udang Jakar 1   Mi Udang Jakar 4

Mana-mana pengunjung yang berkesempatan untuk berkunjung ke pekan Jakar, 20km dari bandar Sarikei, wajib merasa mi udang di Peking Restaurant.

Lebih dikenali sebagai Mi Udang Jakar, hidangan tersebut dimasak cara masakan Foochow dimana mi nya digoreng berasingan dari kuahnya.

Hidangan tersebut terdiri daripada mi kuning, udang sungai dan sayur sawi yang dimasak menggunakan sos kicap.

Restoran itu telah beroperasi selama 20 tahun tetapi menurut pemiliknya Wong Lin Siong, 54, perniagaannya hanya mula berkembang sekitar 10 tahun yang lalu.

“Apabila saya mula-mula berniaga, saya tidak mempunyai ramai pelanggan. Syukurlah beberapa pelanggan saya terus kembali dan membawa pelanggan baharu juga,”katanya.

Apabila ditanya mengenai apa yang membuat mi udangnya berbeza dari yang lain, Wong menjawab: “Udang yang dimasak mempunyai tekstur yang bagus dan lembut, menjadikan mi tersebut sangat sedap.”

“Penduduk tempatan akan datang ke kedai untuk menjual saya udang yang baru ditangkap begitulah saya mendapat bekalan saya.”

Wong tidak akan mempunyai bekalan semasa musim hujan apabila penduduk tempatan tidak keluar untuk menangkap udang.

Mi Udang Jakar 3

“Satu lagi perkara yang baik untuk kami adalah pelanggan kami cukup sabar untuk menunggu kerana mengambil sedikit masa untuk memasak hidangan itu.”

Beliau memerlukan masa untuk menyediakan dan memasak udang secara berasingan sebelum menggoreng mereka dengan mi menurut resipi sendiri.

“Saya mahu memastikan kualiti memasak saya jadi saya hanya menyediakan udang selepas pelanggan telah memesan hidangan itu.”

Bagaimanapun, membuka perniagaan di perhentian rehat seperti Jakar tidak menjamin pelanggan sepanjang tahun.

“Kami sibuk dengan ramai pelanggan semasa tempoh perayaan seperti Tahun Baru Cina, Gawai dan Krismas. Hari-hari lain, tidak banyak yang berlaku di sini di Jakar, “kata Wong.

Selain daripada mi udang, pekan Jakar juga terkenal dengan serbuk kopinya. Pekan tersebut mempunyai kilang yang membakar biji-biji kopi yang membekalkan serbuk kopi kepada kedai-kedai kopi di Jakar dan Sarikei.
Antara tarikan pelancongan yang lain ialah rumah panjang tradisional seperti Rumah Nyuka di Ulu Sarikei dan tempat-tempat pelancongan seperti Air Terjun Pala Munso.

Mi Udang Jakar 2

Mi Udang Jakar 5

Top